Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV3

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV3

Jangan lupa saksikan semula telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf yang akan bersiaran pada 11 Julai 2026, hari Sabtu, pada pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem ini merupakan arahan Azman Yahya, nukilan skrip daripada Sheila Rusly bersama PGR Team dan diterbitkan oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 11 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Sheila Rusly
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zarul Husin, Elly Mazlein, Chacha Maembong, Rayyan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zarul Husin sebagai Razif
  • Elly Mazlein sebagai Rita
  • Chacha Maembong sebagai Rima
  • Rayyan sebagai Rafiq

Sinopsis Telefilem Dosa Yang Tak Diikitiraf

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf mengisahkan tentang mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Razif dan Rita Sarafina yang begiat aktif dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena hiburan tanah air.

Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsurkan keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem.

Dia mula bergaul dengan golongan alim ulama dan dalam masa yang sama dia juga tersentuh hati dengan skrip yang diterimanya.

Konflik bermula apabila dia mula nekad untuk berjihad dan meninggalkan segala harta dunia dan memulakan kehidupan baru di kampung.

Isteri dan anak-anaknya mula diabaikan dan tidak mendapat nafkah seperti yang sepatutnya. Sikapnya ini telah menyababkan anak-anaknya mula bergaul bebas dan isterinya semakin jauh.

Akhirnya dia tersedar bahawa kehidupan dunia ini, perlu diseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Post a Comment

Previous Post Next Post