Jangan lupa saksikan telefilem Kembalikan Pelangiku yang akan bersiaran semula pada 28 Jun 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2025 ini merupakan arahan Osman Ali, nukilan skrip dariapda Naza Manas dan diterbitkan oleh produksi Nuansa Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 28 Jun 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Eira Syazira, Fendy Bakry, Ahmad Adly, Reyza Fenge, Mirza Aziz, Khatijah Tan, Halim Radzi, Carolyne Kamba, Ummar Dzariff, Adam Mikhail dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Eira Syazira sebagai Maizurah
- Fendy Bakry sebagai Hamidi
- Ahmad Adly sebagai Along
- Reyza Fenge sebagai Angah
- Mirza Aziz sebagai Adik
- Khatijah Tan sebagai Opah Mahani
- Halim Radzi sebagai Zakuan
- Carolyne Kamba sebagai Maksu Tipah
Sinopsis Telefilem Kembalikan Pelangiku
Along, seorang anak lelaki berusia 18 tahun, berjuang untuk menyatukan kembali keluarganya setelah ayahnya dipenjarakan dan ibunya terperangkap dalam perkahwinan yang penuh penderitaan.
Dalam perjalanan yang penuh emosi, Along berusaha menebus kesalahan masa lalu dan membawa kembali kebahagiaan yang hilang, sambil menghadapi kenyataan pahit tentang kehidupan ibu dan adik-adiknya.
Dengan tekad yang kuat, Along mengharapkan untuk memulihkan keluarganya yang retak, walaupun terpaksa mengorbankan banyak perkara demi kebahagiaan mereka.
