Saksikan semula telemovie Istikharahku yang akan menemui penonton pada 22 Ogos 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Telemovie yang asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan atau karya Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Janna Nick
Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Jay Iswazir, Nadia Brian, Kayrisyah Kemal, Faezah Elai, Syazwan Zulkifly, Heykal Hanifah, Badrul Wahab, Syakir Salim dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Jay Iswazir sebagai Jay
- Nadia Brian sebagai Dya
- Kayrisyah Kemal sebagai Lia
- Faezah Elai sebagai Kak Long
- Syazwan Zulkifly sebagai Shafie
- Heykal Hanifah sebagai Datuk Heykal
Sinopsis Telemovie Istikharahku
Jay nekad melupakan cinta pertamanya dan memujuk hatinya sendiri. Jay kemudian berkenalan dengan Dya, seorang gadis yang sering ditemuinya ketika berjongging di taman berhampiran. Sejak itu, Jay yakin Daya adalah jodohnya.
