Telefilem Bukan Sebuah Dakyah Di TV3

Telefilem Bukan Sebuah Dakyah Di TV3

Jangan lupa saksikan semula telefilem Bukan Sebuah Dakyah yang akan bersiaran pada 22 Ogos 2026, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan ketika musim pandemik Covid-19 ini merupakan arahan Adam Hamid Jarnail, nukilan skrip daripada Zarihah Hassan dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekapilihan TV3
Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Pengarah : Adam Hamid Jarnail
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mawar Rashid, Puteri Sarah Liyana, Raf Yaakob, Kismah Johar, Syarul Ezani, Zainab Othman, Dato' Amin Kasim, Zoey Rahman, Manan Sulaiman, Royaha Maya dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah

Telefilem Bukan Seorang Dakyah mengisahkan tentang Doktor Arini iaitu seorang petugas barisan hadapan di wad ICU Covid di sebuah hospital.

Saban hari dia melihat mangsa dari pelbagai peringkat dimasukkan ke situ untuk menerima rawatan Covid. Meskipun penat dan masa banyak dihabiskan di hospital tapi Arini tetap ikhlas dalam menjalankan tugas.

Setiap kali itulah hatinya berdebar dan berasa sayu apabila melihat mangsa yang sudah tak berdaya mempunyai kekuatan untuk melawan arus tersebut.

Ibu Arini iaitu Mak Arinah tinggal di daerah yang sama. Mak Arinah sentiasa memberi perigatan kepada anak-anaknya supaya tidak pulang ke rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post