Saksikan telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi yang akan menemui penonton semula pada 21 Ogos 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem yang ditayangkan sempena Maulidur Rasul ini merupakan arahan Kharul Rizam, nukilan skrip daripada Sofia J dan diterbitkan oleh produksi Anomali Media.
Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : Sofia J
Pengarah : Khairul Rizam
Produksi : Anomali Media
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nafiz Muaz, Ika Farhana, Aleeza Shahdan, Razak Ahmad, Erul Samah, Bidin Al Zaifa, Ropie Cecupak, Johan As'ari dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nafiz Muaz sebagai Adam
- Ika Farhana sebagai Felora
- Aleeza Shahdan sebagai Mama Felora
- Razak Ahmad sebagai Ayah Felora
- Erul Samah sebagai Epit
- Bidin Al Zaifa sebagai Nopal
- Ropie Cecupak sebagai Abg Pico
- Johan As'ari sebagai Thaqib
Sinopsis Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi
Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi mengisahkan tentang Adam iaitu seorang lelaki berumur 22 tahun yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.
Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya.
Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid. Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai.
Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?
