Telemovie Satu Malam Di TV3

Telemovie Satu Malam Di TV3

Saksikan telemovie Satu Malam yang akan menemui penonton pada 27 September 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem ini merupakan arahan Fairul Nizam Ablah yang juga bertidak sebagai penulis skrip dan diterbitkan oleh produksi Anomalous Films

Bersiaran : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 27 September 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah, Anomalous Writers
Pengarah : Fairul Nizam Ablah
Produksi : Anomalous Films

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Izzue Islam, Aniq Suhair, Mia Sara Shauki, Mia Sabrina, Ivy Pabitra Velu, Nicholas Yap, Aiman Haqeeme, Siti Uzma Umairah Bt Azizan, Ekyn Lemo, Fatin Nurjannah dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Zaki
  • Aniq Suhair sebagai Aris
  • Mia Sara Shauki sebagai Sherry
  • Mia Sabrin sebagai Ain

Sinopsis Telemovie Satu Malam

Satu Malam mengisahkan tentang watak Zaki yang berusian 30-an, berkahwin awal dan telah melayari perkahwinan menjangkau 10 tahun, mula merasakan kehidupannya semakin hambar akibat bosan dengan kerja, tanggung jawab sebagai ketua keluarga dan rutin yang berulang.

Tambahan pula dia dan isterinya belum dikurniakan cahaya mata, membuatkan hidupnya terasa kosong.

Hubungan dengan isteri juga semakin hambar. Tanpa berkongsi perasaan dengan isterinya, Zaki meluahkan kepada rakan baiknya, Aris seorang Gen Z yang masih bujang dan bebas.

Aris mengajaknya keluar satu malam untuk merasai semula "momen" yang dirindui. Zaki teruja apabila berjaya mendapat "lampu hijau" untuk malam yang dijanjikan Aris sebagai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post