Telefilem Suluhkan Aku Cahaya Di TV3

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya Di TV3

Saksikan Telefilem Suluhkan Aku Cahaya yang akan bersiaran semula pada 7 Ogos 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 merupakan arahan Ismail Yaacob, nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah : Ismail Yaacob
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Mat Diah, Akhmal Nazri, Shekeen Waida, Fadzil A. Aziz, Draman Muhamad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Syarif
  • Ain Edruce sebagai Dr. Zulaikha
  • Jalil Hamid sebagai Ustaz Jamal
  • Idris Mat Diah sebagai Pak Kassim
  • Akhmal Nazri sebagai Azri
  • Shekeen Waida sebagai Dr. Anis

Sinopsis Telefilem Suluhkan Aku Cahaya

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya mengisahkan tentang Dr. Zulaikha yang berkahwin dengan Syarif selepas mendapat restu daripada bapanya Ustaz Jamal. Persetujuan itu selepas melihatkan Syarif seorang yang arif bab agama dan boleh membimbing anak tunggalnya.

Selepas berkahwin, Syarif maklumkan sebenarnya dia jahil agama dan sebelum ini hanya lakonan sahaja. Zulaikha pada mulanya kecewa dengan sikap suaminya namun dia demi cinta dia ingin membantu Syarif.

Perbualan mereka didengari oleh Ustaz Jamal lalu Ustaz Jamal lantas dia meminta mereka untuk tinggal dengannya.

Bermulalah kehidupan baru Syarif di rumah mentuanya setiap malam dikejutkan untuk solat jemaah. Syarif mempersoalkan selama ini dia tidak pernah bersolat tetapi boleh berjaya juga. Ustaz Jamil terkejut dengan kenyataan menantunya itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post