Filem Tiket Sehala Di Pawagam - Sinopsis & Barisan Pelakon

Filem Tiket Sehala

Jangan lupa untuk saksikan filem Tiket Sehala yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Ogos 2026. Anda juga boleh saksikan tayangan awal di pawagam terpilih sehari lebih awal.

Filem yang mengangkat isu penipuan pekerjaan atau job scam dan pemerdagangan manusia ini merupakan arahan Rahila Ali yang mana sarat dengan emosi, membawa mesej pengorbanan dan nilai sebuah kebebasan.

Filem : Tiket Sehala
Genre : Survival thriller
Tarikh : 6 Ogos 2026
Penulis Skrip : Zarina Omar & Amirul Haswendy Ashari
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Key Bilions Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa, Saha Champ dan ramai lagi.

Selain itu, turut menampilkan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Mereka ialah HyunJuk Suk, Ha Ju Young, Tak Teuin, Kang Si-yeol, Shin Hyeok Kyu, Aphisit Usadee (Ninja) dan Naufal Samudra.

Watak Lakonan

  • Noki K-Clique sebagai Alif
  • Jaa Suzuran sebagai Taqy
  • Ainee Mustafa sebagai Putri
  • Sharifah Sakinah sebagai Kak Sal
  • Zaki Yamani sebagai Boy
  • Hyun-Jun Seok sebagai Park Ha Joon
  • Ha Ju-young sebagai Park Jae Soo
  • Tak Teu-in sebagai Bong
  • Aphisit Usadee (Ninja) sebagai Dao
  • Naufal Samudra Weichert sebagai Indra

Sinopsis Filem Tiket Sehala

Filem Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan.

Tanpa diduga, Alif, Putri dan Taqy terperangkap dalam satu situasi yang mengubah kehidupan mereka dan memaksa mereka membuat pilihan paling sukar.

Post a Comment

Previous Post Next Post