Telefilem Genggam Di TV1

Telefilem Genggam Di TV1

Saksikan telefilem Genggam yang akan menemui penonton pada 8 Ogos 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem yang mengetengahkan aksi tinju wanita ini merupakan arahan Khairi Azmi dan diterbitkan oleh produksi Ilhamnet Technology Sdn. Bhd.

Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Khairi Azmi
Produksi : Ilhamnet Technology Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Bohari Ibrahim, Saiful Zelwany, Myza Rafika dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Genggam

Telefilem Genggam mengisahkan tentang Jaja iaitu seorang gadis yang berbakat dalam sukan tinju, berjuang demi membiayai rawatan ayahnya yang menghidap tumor.

Post a Comment

Previous Post Next Post