Drama Sumpahan Mencintai Di Astro Ria (Megadrama)

Drama Sumpahan Mencintai Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Sumpahan Mencintai yang akan mula temui penonton pada 14 September 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria dan Astro Go.

Selain itu, drama adaptasi novel karya Ieya Sya ini juga boleh strim secara online di Sooka iaitu menerusi https://sooka.my/ dan aplikasi mobile. Juga tersedia di Astro X3.

Drama 24 episod yang menggantikan Bulan Henti Bicara ini merupakan arahan Rashid Sibir dan diterbitkan oleh produksi Radius One Sdn. Bhd.

Episod : 24
Bersiaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh : Mulai 14 September 2026 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 PM
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Drama Sumpahan Mencintai Di Astro Ria

OST Drama

Lagu : Takkan Pernah
Penyanyi : Hussain
Komposer : Ahmed Faez, Johan John
Penulis Lirik : Ahmed Faez, Johan John

BACA JUGA : Lirik Lagu Takkan Pernah Daripada Hussain

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Niezam Zaidi, Siti Hariesa, Nafiez Zaidi, Yuna Rahim, Uyaina Arshad, Dilla Ahmad, Zaid Erakad, Sharul Kamal, Izuan Razali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Niezam Zaidi sebagai Zakief
  • Siti Hariesa sebagai Akiera
  • Nafiez Zaidi sebagai Zarif
  • Yuna Rahim sebagai Hanim
  • Uyaina Arshad sebagai Natasha
  • Dilla Ahmad sebagai Hazrah
  • Zaid Erakad sebagai Din
  • Sharul Kamal sebagai Zildan
  • Izuan Razali sebagai Ehsan

Drama Sumpahan Mencintai Di Astro Ria

Sinopsis Drama Sumpahan Mencintai

Drama Sumpahan Mencintai mengisahkan tentang Akiera yang menanggung penderitaan emosi yang amat berat setelah hidupnya dibayangi oleh kata-kata 'sumpahan' daripada ibunya sendiri akibat keceloparan mulutnya.

Selepas kematian ibunya, Akiera pulang ke kampung halaman untuk memohon kemaafan, namun kepulangannya disambut dengan kemarahan ibu saudaranya serta kebencian yang mendalam daripada seorang lelaki bernama Zakief.

Zakief menyimpan dendam kesumat yang lama terhadap Akiera, tanpa menyedari bahawa di sebalik ketabahan wanita itu, Akiera sebenarnya menyembunyikan sebuah penderitaan dan rahsia besar yang telah dipendamnya selama tiga tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post