Filem Terbang Di Pawagam 17 September Ini

Filem Terbang Di Pawagam

Jangan terlepas untuk saksikan filem Terbang yang akan menemui penonton pada 17 September 2026, hari Khamis ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Filem arahan Chiu Keng Guan ini dihasilkan berdasarkan inspirasi daripada kisah benar tentang pemandu rali profesional negara iaitu Karamjit Singh dan kini akan ditayangkan dilayar perak.

Filem : Terbang
Genre : Biopik, Aksi
Tayangan : Mulai 17 September 2026 (Pawagam)
Penulis : Hazo Mahayuddin, Ashraf Modee Zain, Mamu Vies
Pengarah : Chiu Keng Guan
Produksi : Astro Shaw, Woohoo Pictures

Filem Terbang Di Pawagam

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang membintangi filem Terbang seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon, Namron dan Luqman Hafidz

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Qasrina Karim, Diana Danielle, Michael Helfman, Mikael Noah, Razib Salimin, Ruminah Sidek, Dato' Tamimi Siregar, Kee Tuan Chye dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Irfan Zaini sebagai Ajeet
  • Zizan Razak sebagai Imran
  • Jack Tan sebagai Lee Wai Kitt
  • Shweta Sekhon sebagai Lisa
  • Namron sebagai Rahim
  • Luqman Hafidz sebagai Basri
  • Qasrina Karim sebagai Sarah
  • Diana Danielle sebagai Marini
  • Ruminah Sidek sebagai Mak Teh
  • Dato' Tamimi Siregar sebagai Dato Johan

Filem Terbang Di Pawagam

Sinopsis Filem Terbang

Filem Terbang menampilkan kisah dramatik seorang bekas pelumba rali bernama Ajeet yang meninggalkan dunia perlumbaan selepas berdepan tragedi kemalangan tragis.

Kehidupannya tampak tenang bersama isteri tercinta, Lisa, namun takdir tidak membiarkannya terus menyepi. Lima tahun kemudian, Ajeet kembali ke trek dengan semangat baharu demi keluarganya, kali ini bergandingan dengan Kitt, seorang pemandu muda yang penuh ego dan panas baran.

Pertemuan mereka bukan sahaja mencetuskan percikan konflik, tetapi juga menguji kesabaran dan kepercayaan diri Ajeet yang masih dihantui trauma silam.

Dengan sokongan Lisa, kepimpinan Rahim dan kepakaran Imran, pasukan TERT Malaysia berusaha menawan pentas dunia, tetapi persoalan utamanya tetap berlegar, mampukah Ajeet menewaskan ketakutannya sekali lagi untuk mengharumkan nama negara?

Post a Comment

Previous Post Next Post