Telefilem Isteri Ke-2 Di Tonton

Telefilem Isteri Ke-2 Di Tonton

Jangan lupa saksikan telefilem Isteri Ke-2 yang akan mula ditayangkan pada 16 September 2026 menerusi platform Tonton. Anda boleh strim secara online di https://watch.tonton.com.my/ atau di aplikasi mobile.

Telefilem Tonton Original ini merupakan arahan Syed Fariz dan diterbitkan oleh syarikat produksi Anomalous Films.

Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 16 September 2026
Pengarah : Syed Fariz
Produksi : Anomalous Films

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Isteri Kedua ini seperti Zahiril Adzim, Azira Shafinaz, Baizura Kahar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Azrul
  • Azira Shafinaz sebagai Sarah
  • Baizura Kahar sebagai Maya

Sinopsis Telefilem Isteri Ke-2

Telefilem Isteri ke-2 mengisahkan tentang Azrul yang mengambil keputusan berpoligami dengan Sarah  demi mendapatkan zuriat. Keputusan mendua ini sekali gus meretakkan ikatan perkahwinan yang terbina dan menguji kesabaran isteri pertamanya, Maya.

Kisah pengkhianatan ini mula memuncak apabila Maya menghidu kecurangan suaminya dan mengambil langkah mengekori pergerakan Azrul.

Satu demi satu petunjuk timbul tanpa perlu dicari sehingga akhirnya membongkar rahsia bahawa dirinya telah dimadukan.

Penonton bakal dibawa menyaksikan dilema Azrul dalam menyelamatkan kedua-dua rumahtangganya serta persoalan sama ada impiannya untuk menjadi seorang ayah bakal tercapai di penghujung kisah.

Post a Comment

Previous Post Next Post