Saksikan telefilem Miselia yang akan menemui penonton pada 10 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1. Selain itu, anda juga boleh strim percuma menerusi platform RTM Klik.
Telefilem yang yang mengangkat kisah pesakit Kecelaruan Identiti Disosiatif (DID) ini merupakan arahan Nur Ashikin Zainal, nukilan skrip daripada Nazli dan diterbitkan sendiri oleh Unit Drama TV RTM (UDTV RTM).
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Che Li
Pengarah : Nur Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama TV RTM
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Niezam Zaidi, Shiqin Kamal, Azhar Sulaiman, Ellie Suriaty, Tony Eusoff, Adam Shahz, Irfan Zaini, Zarul Umbrella, Jessie Lim, Ali Jamalullail dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Niezam Saidi sebagai Roy
- Shiqin Kamal sebagai Maya
Sinopsis Telefilem Miselia
Telefilem Miselia mengisahkan Roy iaitu seorang lelaki yang terperangkap dalam cengkaman gangguan emosi serta trauma terpendam yang kian memakan dirinya dari dalam.
Watak tersebut percaya bahawa dia terperangkap dalam garis waktu untuk menyelamatkan kekasihnya, Maya.
