Filem Mojoku Hilang Di Pawagam

Filem Mojoku Hilang Di Pawagam

Jangan lupa saksikan filem romantik komedi terbaru berjudul Mojoku Hilang yang akan mula menemui penonton pada 23 Julai 2026 di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini merupakan arahan Min Lim, nukilan skrip daripada Honey Ahmad, Amsalan Doraisingam dan Chi-ren Choong serta diterbitkan oleh Double Vision Sdn. Bhd. dengan kerjasama  Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films

Filem : Mojoku Hilang
Genre : Romantik Komedi
Tarikh : 23 Julai 2026
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Amsalan Doraisingam, Chi-ren Choong
Pengarah : Min Lim
Produksi : Double Vision Sdn. Bhd.

OST Filem

Tajuk : Inikah Cinta
Penyanyi : Alif Satar & The Locos
Komposer : Daniel Saba
Penulis Lirik : Daniel Saba

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi filem Mojoku Hilang seperti Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Namron, Aziz M. Osman, Farah Ahmad, Dato A. Tamimi Serigar, Gambit Saifullah, Tony Eusoff, Haeriyanto Hassan, Seha Monica, Ayu Azlinan, Atilia Haron dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adipati Dolken sebagai Adi
  • Mimi Lana sebagai Ayu
  • Wan Hanafi Su sebagai Atan
  • Namron sebagai Jusoh
  • Aziz M. Osman sebagai Sani
  • Farah Ahmad sebagai Bibah
  • Dato A. Tamimi Serigar sebagai Hassan
  • Gambit Saifullah sebagai Pian
  • Tony Eusoff sebagai Dato’
  • Haeriyanto Hassan sebagai Daud
  • Seha Monica sebagai Midah
  • Ayu Azlina sebagai Nab
  • Atilia Haron sebagai Dangdut Diva

Sinopsis Filem Mojoku Hilang

Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo iaitu seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Dengan penipuannya yang menanti masa untuk terbongkar, mampukah Adi menyelamatkan kerjayanya, atau adakah dia akhirnya menemui jiwa asalnya di kampung tersebut?

Trailer

Post a Comment

Previous Post Next Post