Saksikan drama terbaru Bru: Masin & Manis yang akan menemui penonton mulai 22 Julai 2026, setiap hari Rabu secara eksklusif di Tonton. Anda boleh strim di hhttps://www.tonton.com.my/ atau aplikasi mobile.
Drama yang membawa elemen komedi dengan kisah kehidupan seharian ini mengenakan format vertikal sebanyak 45 episod dan setiap daripadanya berdurasi hanya dua hingga tiga minit sahaja.
Episod : 45
Bersiaran : Tonton (Drama Vertical)
Tarikh : Mulai 22 Julai 2026 (Setiap Rabu)
Pengarah : Faliq Sharif
Produksi : Lumatic Films
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Imranul Effendy, Ellyza Azizi, Siti Hariesa dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Imranul Effendy sebagai Mohsin
- Ellyza Azizi sebagai Manis
Sinopsis Drama Bru: Masin & Manis
Drama ini mengisahkan perjalanan Mohsin iaitu seorang barista berbakat yang berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya apabila gangguan keresahan mengubah sepenuhnya impiannya untuk menjuarai pertandingan barista berprestij.
Dalam usaha mencari semula keyakinan diri, Mohsin berhijrah ke sebuah kampung, di mana pertemuannya dengan Manis bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kehidupannya, malah menghidupkan kembali semangatnya terhadap kopi dan cara dia berhubung dengan orang lain.
Daripada pengalaman itulah lahirnya Salted Series, yang menjadi antara elemen penting dalam perkembangan jalan cerita BRU: Masin & Manis.
