Filem Kata Hati - Tayangan Pawagam, Sinopsis & Pelakon

Filem Kata Hati

Saksikan filem Kata Hati yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Jun 2026. Filem pembukaan melayu tempatan untuk bulan baru kali ini.

Filem dengan genre romantik komedi (rom-com) ini merupakan arahan Nadiah Hamzah, nukilan skrip daripada Keeta Brenna bersama Honey Ahmad dan diterbitkan oleh produksi Wayangworks Sdn Bhd & Filmscape Sdn Bhd.

Filem : Kata Hati
Genre : Aksi, Romantik, Komedi
Tayangan : Mulai 4 Jun 2026 (Khamis)
Penulis Skrip : Keeta Brenna, Honey Ahmad
Pengarah : Nadiah Hamzah
Produksi : Wayangworks Sdn Bhd & Filmscape Sdn Bhd.

Filem Kata Hati

OST Filem

Tajuk : Luluh
Penyanyi : empty page
Komposer : Hezza-Ezzickry Helmy, Hezza Ezzachary, Aliff Fadhullah
Penulis Lirik : Hezza-Ezzickry Helmy

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam filem Kata Hati seperti Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya, Taqim Zaki, Norreen Iman, Razib Salimin, Nina Kho, Aziz M. Osman ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nia Atasha sebagai Ayra Natasha
  • Yusof Hashim sebagai Imran Firdaus
  • Fazziq Muqris sebagai Zayn Mikhail
  • Scha Alyahya sebagai Maya
  • Taqim Zaki sebagai Khalil
  • Norreen Iman sebagai Kak Long Latifah
  • Razib Salimin sebagai Dato' Mike
  • Nina Kho sebagai Linda
  • Aziz M. Osman sebagai Pengarah Ops: Kata Hati

Sinopsis Filem Kata Hati

Filem Kata Hati mengisahkan Ayra Natasha, seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan menjadi perhatian ramai, apatah lagi dengan kemunculan sulungnya dalam sebuah filem aksi berskala besar bersama teman lelaki yang juga pelakon terkenal, Zayn Mikhail.

Namun, dalam satu insiden memalukan yang tular dan disaksikan seluruh negara pada malam pencalonan sebuah anugerah berprestij, kehidupan Ayra yang sebelum ini tampak sempurna mula retak.

Pada masa yang sama, di tengah kekecohan malam tersebut, dia bertemu Imran Firdaus, seorang pemandu e-hailing yang langsung tidak terkesan dengan kegilaan dunia selebriti.

Filem Kata Hati

Apabila sekeping gambar mereka menjadi viral, Imran terpaksa bersetuju dengan rancangan Maya, kakak yang juga merangkap pengurus Ayra, untuk menjadi pemandu peribadi Ayra selama 25 hari penggambaran.

Dari situ, mula hadirnya bibit-bibit perasaan antara Ayra dan Imran. Buat pertama kalinya, Ayra bertemu seseorang yang melihat dirinya seadanya, bukan sebagai selebriti atau watak yang dilakonkannya.

Namun, Ayra berdepan pilihan yang sukar: antara memilih cinta yang tulus bersama Imran, atau meneruskan hubungannya dengan Zayn, yang menjanjikan dunia penuh populariti dan kestabilan.

Post a Comment

Previous Post Next Post