Saksikan drama Luka Di Hujung Setia mulai 2 Jun 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Juga ditayangkan secara online di Tonton.
Drama 28 episod yang menggantikan Me.N.U ini merupakan arahan Raja Mukhriz, nukilan skrip daripada Raja Azidah Raja Jaafar dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.
Episod : 28
Bersiaran : Slot Akasia di TV3
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Luka Di Hujung Setia seperti Datuk Adi Putra, Zara Zya, Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey, Puteri Khareeza, Dhia Adreyana dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Datuk Adi Putra sebagai Irsyad
- Zara Zya sebagai Dhia
- Irfan Zaini sebagai Faris
- Cahaya Nilam sebagai Zulin
- Angella Joliey sebagai Nuha
- Puteri Khareeza sebagai Sally
- Dhia Adreyana sebagai Aira
Sinopsis Drama Luka Di Hujung Setia
Luka Di Hujung Setia mengisahkan perjalanan hidup Dhia yang terpaksa meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad, selepas lelaki itu kehilangan pekerjaan tetap dan keluarga mereka mula berdepan kesukaran kewangan.
Bagi memastikan kehidupan mereka dapat diteruskan, Dhia mengambil keputusan untuk bekerja di ibu kota walaupun terpaksa berjauhan dengan anak serta ahli keluarganya buat kali pertama. Pengorbanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia sanggup melakukannya demi masa depan keluarga.
Ketika berada di bandar, Dhia semakin akrab dengan Faris, pengurus projek yang sering memberi sokongan dan membantu dirinya menghadapi pelbagai tekanan. Hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya menjadi semakin rumit sehingga menimbulkan keretakan dalam rumah tangganya bersama Irsyad.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila Faris sebenarnya sudah mempunyai isteri bernama Nuha. Konflik yang tercetus akhirnya menyebabkan perkahwinan Dhia dan Irsyad musnah, meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang terlibat.
Selepas berpisah, Irsyad meneruskan kehidupan di kampung sambil membesarkan anak perempuan mereka, Aira seorang diri. Dalam diam, dia masih menanggung kesedihan dan luka yang belum sembuh akibat kegagalan rumah tangga mereka.
Pada masa yang sama, kehadiran Zulin yang sentiasa membantu menguruskan kehidupan Irsyad dan Aira sedikit demi sedikit memberi sinar baharu, sekali gus membuka peluang buat Irsyad untuk kembali membina harapan dan meneruskan kehidupan.
