Drama Me.N.U Di TV3
Saksikan drama Me.N.U yang akan menemui penonton bermula 19 Mei 2026, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Drama yang memulakan tayangan perdana pada awalnya di Tonton pada tahun 2025 ini merupakan arahan Faliq Sharif. Naskah ini merupakan nukilan Adza Emie dan diterbitkan oleh Anomali Media Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2025
Episod : 10
Bersiaran : Slot Akasia TV3
Tarikh : Bermula 19 Mei 2026 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Pengarah : Faliq Sharif
Penulis Skrip : Adza Emie
Produksi : Anomali Media Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Me.N.U ini seperti Nabila Razali, Andi Bernadee, Natasya Mahyan, Puteri Awani, Hariz Hamdan, Ako Mustapha, Noniswara, Syahmie Thsaqeef, Azizah Mahzan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nabila Razali sebagai Lisa Amanda
- Andi Bernadee sebagai Ahmad Haris
- Natasya Mahyan sebagai Lulu
- Puteri Awani sebagai Alya Nova
- Hariz Hamdan sebagai Eddie
- Ako Mustapha sebagai Nick Azman
- Noniswara sebagai Irene
- Syahmie Thsaqeef sebagai Leon
- Azizah Mahzan sebagai Jiddah
Sinopsis Drama Me.N.U
Drama Me.N.U mengisahkan tentang Lisa iaitu wanita bercita-cita menjadi chef tetapi berdepan tentangan keluarga dan masalah di tempat kerja selepas mempertahankan rakan dibuli.
Impiannya membuka restoran turut terhalang apabila permohonan pinjaman ditolak Haris, pegawai bank yang tegas.
Walaupun sering bertelagah, hubungan mereka semakin rapat ketika Haris menghadapi masalah percintaan dengan Alya Nova.
Lisa kemudian perlu memilih antara cinta, impian dan keluarganya yang masih tidak merestui cita-citanya di tengah pelbagai cabaran hidup mendatang

Comments
Post a Comment