Telefilem Pencuri Rumah Imam Di TV3
Saksikan telefilem Pencuri Rumah Imam yang akan menemui penonton semula pada 23 Mei 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Anda juga boleh strim secara online di aplikasi Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2025 ini merupakan arahan Zahiril Adzim, nukilan skrip bersama daripada Fairuz Nizam Ablah dan Arash Mohd Rafi serta diterbitkan oleh produksi Anomalous Films
Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Zahiril Adzim
Produksi : Anomalous Films
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pencuri Rumah Imam seperti Fikry Ibrahim, Shiqin Kamal, Razak Ahmad, Zahiril Adzim, Ahmad Jebat, Adeeb Zafran, Affiq Haiqal dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fikry Ibrahim sebagai Adli
- Shiqin Kamal sebagai Khadijah
- Razak Ahmad sebagai Tok Imam Saleh
Sinopsis Telefilem Pencuri Rumah Imam
Telefilem Pencuri Rumah Imam mengisahkan seorang pencuri bernama Adli yang menyamar sebagai orang kaya bagi menyembunyikan identiti sebenarnya daripada penduduk kampung.
Penyamarannya berhasil apabila dia berjaya meraih kepercayaan Tok Imam Saleh yang ketika itu sedang berdepan tekanan mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin surau.
Mengambil kesempatan dalam kesempitan Tok Imam Saleh, Adli menyatakan tujuannya ke kampung itu adalah untuk mendalami ilmu agama, sedangkan niat sebenarnya adalah untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Tok Imam yang berlapang dada melihat potensi perubahan dalam diri Adli, lalu menerima niatnya untuk 'berhijrah'.
Namun, bukan semua orang mudah percaya. Khadijah, anak perempuan Tok Imam, menaruh rasa sangsi terhadap keikhlasan Adli, lantas mencetuskan ketegangan dan konflik dalaman.

Comments
Post a Comment