Telefilem original Pemburu Saka pada awalnya ditayangkan di Tonton dan kini akan disiarkan semula pada 26 September 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3. Anda juga masih boleh strim menerusi aplikasi Tonton sekarang.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakana arahan Fazli Yahya (aka Pali Yahya), nukilan skrip daripada MF Kenchana dan diterbitkan oleh produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 26 September 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : MF Kenchana
Pengarah : Fazli Yahya
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Sufian Suhaimi, Shah Kimin, Arena Wan, Bell Ngasri, Nabila Huda, Farouk Hussain, Riz Amin, Shazia Rozaini, Hafiz Muaz, Sapri Ibrahim, Hushairi Husain, Mak Ema Latah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Sufian Suhaimi sebagai Zack
- Shah Kimin sebagai Amin
- Shazia Rozaini sebagai Fasha
- Arena Wan sebagai Sutina
- Hafiz Muaz sebagai Aidil
- Sapri Ibrahim sebagai Pawang Hitam
- Riz Amin Dukun Papa
- Hushairi Husain Dukun Santet
- Farouk Hussain sebagai Pawang Merah
- Mak Ema Latah sebagai Sutina (Asli)
- Bell Ngasri sebagai Tok Arisz Rahman
- Nabila Huda sebagai Dukun Wanita
Sinopsis Telefilem Pemburu Saka
Telemovie Pemburu Saka mengisahkan Zack iaitu seorang anak jutawan kehilangan kedua orang tuanya akibat sihir (santau dan busung). Sejak itu, Zack berdendam dengan dukun, bomoh dan pawang khurafat yang ada di Malaysia.
Zack nekad belajar ilmu perubatan tradisional dengan ustaz-ustaz hebat sehinggalah dia boleh mengubati pesakit.
Dengan jumlah wang yang ada, Zack pun menubuhkan pasukan pemburu saka dan membina madrasah. Zack dan pasukannya memburu bomoh khurafat dan menangkap hantu mereka lalu menghantar mereka ke madrasah untuk mempelajari agama.
