Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Saksikan semula telefilem Cinta Sesungguhnya yang akan bersiaran pada 23 Mei 2026, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di platform Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Amie Maziah, nukilan skrip daripada Raja Azidah dan diterbitkan oleh produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Raja Azidah
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fikri Ibrahim, Intan Najuw, Khaty Azian, Laila Nasir, Nazeera Sardi, Zaryn Min, Aimi Said dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikri Ibrahim sebagai Razlan
  • Intan Najuwa sebagai Farisha
  • Khaty Azian sebagai Norlia
  • Laila Nasir sebagai Rosnah
  • Nazeera Sardi sebagai Dr. Azlina
  • Zaryn Min sebagai Salmi
  • Aimi Said sebagai Abang Mat

Sinopsis Telefilem Cinta Sesungguhnya

Telefilem Cinta Sesungguhnya mengisahkan tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder.

Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia. Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius.

Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik. Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention.

Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih.

Comments