Filem Bisikan Nafsu Di Pawagam

Filem Bisikan Nafsu Di Pawagam

Jangan lupa saksikan filem Bisikan Nafsu yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Oktober 2026, hari Khamis. Anda kini boleh mula dapatkan tiket tayangan untuk tontonan pada hari tayangan.

Filem ini merupakan karya sulung daripada pelakon utama, Azeva yang juga merupakan pengasas untuk produksi tersebut. Ini pastinya pengalaman baru yang berharga untuk Azeva untuk berkecimpung dalam bidang penerbitan seperti ibunya, Dato' A. Aida.

Filem : Bisikan Nafsu
Genre : Drama, Romatik
Tayangan : Mulai 1 Oktober 2026 (Khamis)
Penulis : Dato' A. Aida
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Hello Production Sdn. Bhd. & Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Filem Bisikan Nafsu Di Pawagam

OST Filem

Tajuk Lagu : Tanpa Rasa Jemu
Artis : Azeva
Penulis Lirik : Dato A.Aida
Komposer : Zul2By2

Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi filem Bisikan Nafsu seperti Azeva, Aniq Suhair, Zul Huzaimy, Aleza Shadan, Raja Azmi, Watie Sadali, Ezzaty Abdullah, Aishah Husna, Lan Siro, Ameng Spring, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azeva sebagai Nadia
  • Aniq Suhair sebagai Arisz
  • Zul Huzaimy sebagai Ustaz Romantik
  • Aleza Shadan sebagai Alyssa
  • Watie Sadali sebagai Aida
  • Raja Azmi sebagai Lola
  • Ezzaty Abdullah sebagai Siti
  • Aishah Husna sebagai Kak Ma
  • Lan Siro sebagai Pak Soma.

Sinopsis Filem Bisikan Nafsu

Filem Bisikan Nafsu mengisahkan tentang Nadia yang berdepan perubahan besar dalam hidup selepas menjadi mangsa jenayah seksual yang dilakukan oleh bapa tirinya, UR atau Ustaz Romantik.

Trauma yang dialaminya menyebabkan Nadia mengalami kemurungan sehingga beberapa kali cuba menamatkan hidup. Dia juga mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Arisz tanpa menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlaku.

Namun, Arisz tidak memilih untuk meninggalkan Nadia. Sebaliknya, dia terus berada di sisi wanita yang dicintainya dan cuba mencari jawapan mengenai perubahan mendadak dalam diri tunangnya itu. Kesetiaan Arisz menjadi antara elemen utama yang cuba diketengahkan menerusi filem ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post