Telefilem Pemuja Rahsia Di TV3

Telefilem Pemuja Rahsia Di TV3

Saksikan telefilem Pemuja Rahsia yang akan menemui penonton semula pada 10 Oktober 2026, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Muhammad Riza Baharudin, nukilan skrip daripada Marr Mohamad dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Muhammad Riza Baharudin
Produksi : Zeel Production

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Aisha Halim, Fiza Thomas, Alif Haiqal Razulan, Engku Helmy dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hun Haqeem sebagai Adam
  • Intan Najuwa sebagai Hawa
  • Rita Rudaini sebagai Suzana/Salina
  • Haliza Misbun sebagai Madam Intan
  • Aisha Halim sebagai Leila
  • Fiza Thomas sebagai Aida

Sinopsis Telefilem Pemuja Rahsia

Telefilem Pemuja Rahsia mengisahkan tentang Adam iaitu pelajar kolej yang kian popular. Dia baru menjuarai satu pertandingan debat antara kolej. Adam amat gemarkan sukan larian dan seringkali menyertai pelbagai marathon. 

Hawa, gadis berusia sebaya dengan Adam dan jiran Adam sudah lama menyukainya, dek kerana satu peristiwa 18 tahun lalu, keluarga Adam dan keluarganya berkelah bersama dan Adam telah menyelamatkan Hawa daripada lemas.

Namun setelah kematian ayah Hawa, ibu Hawa - Suzana enggan terlalu rapat dengan keluarga Adam sementelah Adam hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Ayah Adam, Zul beberapa kali cuba mengurat Suzana. Namun Suzana tak pernah melayan.

Bagi Hawa dia memang tercipta untuk Adam. Meskipun begitu, Hawa dan Adam tak pernah bercakap. Hawa seperti seorang gadis yang pelik dan janggal. Dia suka membisu, gemarkan warna hiam, mekap yang pelik dan sukakan muzik.

Post a Comment

Previous Post Next Post