Telefilem Dania Di TV3

Telefilem Dania Di TV3

Saksikan telefilem Dania yang akan menemui penonton kembali pada 10 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupaka terbitan Global Station Sdn. Bhd. Karya ini diarahkan oleh Eyra Rahman dengan hasil nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Aeday Ashraf, Puteri Balqis, Fezrul Khan, Aida Aris, Nafiez Zaidi, Wafariena Roslan, Qistina Khalid, Gambit Saifullah, Rashidah Jaafar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Balqis sebagai Dania
  • Aedy Ashraf sebagai Luman
  • Fezrul Khan sebagai Cikgu Bahar
  • Aida Aris sebagai Aida
  • Nafiez Zaidi sebagai Akif
  • Wafariena Roslan sebagai Peguam
  • Qistina Khalid sebagai Sarimah
  • Gambit Saifullah sebagai Cikgu Adnan

Sinopsis Telefilem Dania

Telefilem Dania mengisahkan tentang Dania iaitu seorang remaja yang menyendiri dan rakan sekelasnya kelihatan sentiasa mengelak dari mendekatinya di sekolah. Abangnya Luqman, bimbang dia akan menjadi anti-sosial.

Dania mula berkawan dengan seniornya Sarimah. Sarimah menjaga Dania dengan baik sehingga menyebabkan Dania selesa dan percaya dengan dia. Sarimah memperkenalkan Dania kepada Cikgu Bahar untuk tuisyen percuma.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Bahar mengambil kesempatan ke atas Dania dan merogolnya. Geram dan malu, Dania mengalami kemurungan berikutan kejadian itu.

Luqman hanya mengetahuinya setelah banyak menyoal apabila dia perasan sesuatu tidak kena pada Dania. Bahar kemudian ditangkap tetapi kes digugurkan. Ikuti Dania dan Luqman dalam kempen dan perjuangan yang panjang untuk menegakkan kebenaran.

Post a Comment

Previous Post Next Post