Saksikan semula telefilem Al Kisahnya Jenin yang akan menemui penonton pada 24 Oktober 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1. Selain itu penonton juga boleh strim secara online di RTM Klik.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Othman Hafsham, nukilan skrip dan idea asal daripada Azal Ezreen serta diterbitkan oleh produksi Cinematic Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Panggung RTM TV1
Tarikh : 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Othman Hafsham
Produksi : Cinemati Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Mustaqzim Bahadon, Mimi Ernida, Omar Abdullah, Kodi Rasheed, S Ruwiyani, Muhammad Ismail, Billy Chua, Zack Azelizan, Satishvaran dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Mustaqim Bahadon sebagai Jenin
- Mimi Ernida sebagai Nurul
- Omar Abdullah sebagai Hj Shauki
- Kodi Rasheed sebagai Sudin
- S Ruwiyani sebagai Mak Siah
- Muhammad Ismail sebagai Muniandy
- Billy Chua sebagai Ah Keong
- Zack Azelizan sebagai Ali
- Satishvaran sebagai Balan
- Harmider Singh sebagai Singh
- Rosnah sebagai Kak Leha
Sinopsis Telefilem Al Kisah Jenin
Telefilem Al Kisah Jenin mengisahkan tentang Jenin iaitu seorang yang kuat berangan. Jenin berangan untuk membuka sebuah pasaraya.
Dia telah berjumpa dengan Haji Shauki dan memberitahu tentang angan-angannya mahu membuka pasaraya. Haji Shauki berjanji akan membantu dengan syarat Jenin menjual hasil kelapanya dahulu.
