Telemovie Anak Syurga Di TV3

Telemovie Anak Syurga Di TV3

Jangan terlepas untuk saksikan semula telemovie Anak Syurga yang akan disiarkan pada 19 September 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Along Kamaludin dan diterbitkan oleh produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 19 September 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ashraff Muslim sebagai Ikmal
  • Intan Ladyana sebagai Azah
  • Nik Adam sebagai Adam

Watak Lakonan

Telemovie Anak Syurga mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ikmal dan Azah yang mengecapi kebahagian apabila mereka dikurniakan anak dalam keluarga mereka iaitu Adam.

Namun begitu, kebahagiannya adalah sementara apabila Adam disahkan mengalami autism. Sejak itu, Ikmal mula mengabaikan Adam dan rumah tangga mereka mula goyang.

Pak Sahak yang bekerja sebagai tukang cuci di syarikat Ikmal perasan tentang perubahan Ikmal dan sering menasihati Ikmal. Suatu hari Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan kerana motorsikalnya rosak ketika baru pulang dari kedai membeli hadiah untuk anak-anaknya.

Ikmal menumpangkan Pak Sahak hingga ke rumah. Di rumah Pak Sahak, Ikmal terkejut apabila mengetahui kedua-dua anak Pak Sahak adalah OKU. Ikmal terharu melihat keluarga Pak Sahak yang bahagia walaupun hidup dalam sederhana.

Barulah dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah. Lantas dia teringat Adam yang tidak mendapat kasih sayang dan mula menyayangi Adam.

Sumber : https://aimanabdullah.com/

Post a Comment

Previous Post Next Post