Telefilem Dua Antara Di TV3

telefilem dua antara

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Dua Antara yang akan bersiaran pada 27 Jun 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Juga tersedia secara striming di platform Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2025 ini merupakan arahan Khir Rahman, nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Eccentro Distro Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Eccentro Distro Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Dua Antara iaitu Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Fadhlan Hazim, Bohari Ibrahim, Lisdawati, Sharifah Anthasia dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Dua Antara

Seorang lelaki yang sedang berdepan dengan hiper-depresi berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya. Namun, tanpa disedari, dia sebenarnya adalah individu yang sedang dipulihkan ingatannya oleh semua orang di sekelilingnya.

Apabila dia akhirnya ingat, kebenaran yang diterimanya terlalu sakit untuk dihadapi. Dalam keadaan itu, dia kehilangan semua memori tentang isterinya. Untuk mendapatkan semula cintanya, isterinya terpaksa memulakan semula kisah cinta mereka dari awal, membina segala-galanya sekali lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post