Drama Cahaya Anak Lorong Di TV3

Drama Cahaya Anak Lorong Di TV3

Jangan lupa saksikan drama Cahaya Anak Lorong mulai 7 Mei 2026, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Drama ini turut disiarkan secara online di Tonton.

Drama 13 episod ini merupakan terbitan syarikat Mache All Star United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada Adza Emie bersama Azal Ezreen.

Episod : 13
Bersiaran : Slot Samarinda di TV3
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie & Azal Ezreen
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Cahaya Anak Lorong seperti Izzue Islam, Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Areef Amran, Syad Mutalib, Azrell Iskandar, Shah Faris, Adam Corrie, Hadi Putra dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Cikgu Amir
  • Ranea Ezreen sebagai Sofea
  • Fariz Isqandar sebagai Bad
  • Areef Amran sebagai Hakimi
  • Syad Mutalib sebagai Balqis
  • Azrell Iskandar sebagai Mok
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Farah
  • Shah Faris sebagai Pian
  • Adam Corrie sebagai Zulkarnain / Bos Gangster
  • Shazia Rozaini sebagai Julia
  • Hadi Putra sebagai Khalili

Sinopsis Drama Cahaya Anak Lorong

Drama Cahaya Anak Lorong mengisahkan kehidupan pelajar bermasalah di Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), tempat perlindungan remaja yang dipinggirkan masyarakat.

Cikgu Amir yang dipindahkan ke sekolah itu pada awalnya mahu segera keluar, namun mula memahami realiti hidup pelajar seperti Sofea, Bad dan Mok yang bergelut dengan kehidupan jalanan. Konflik semakin memuncak dengan kehadiran Hakimi yang merekrut remaja sebagai keldai dadah.

Dalam tekanan untuk memastikan pelajar lulus ujian 3M, Cikgu Amir semakin terikat dengan nasib mereka. Pengalaman itu membuka matanya tentang penderitaan, harapan dan kisah sebenar di sebalik kehidupan anak lorong.

Comments

Popular posts from this blog

Telefilem Pencuri Rumah Imam Di TV3

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3