Telefilem Aidil Milik Adha Di TV Okey

Telefilem Aidil Milik Adha Di TV Okey

Saksikan telefilem Aidil Milik Adha yang akan bersiaran pada 27 Mei 2026, hari Rabu, pukul 9.30 malam menerusi saluran RTM di TV Okey. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di RTM Klik.

Telefilem khas yang ditayangkan sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan arahan Khairi Azmi dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ilhamnet Technology Sdn. Bhd.

Bersiaran : RTM di TV Okey
Tarikh : 27 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 9.30 Malam
Pengarah : Khairi Azmi
Produksi : Ilhamnet Technology Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Wanss Ahmad, Kumika Kufaizul, Adriana Kamaruddin, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wanss Ahmad sebagai Adha
  • Kumika Kufaizul sebagai Aidil

Sinopsis Telefilem Aidil Milik Adha

Telefilem Aidil Milik Adha mengisahkan tentang Adha, seorang ayah muda berjuang melawan kesukaran hidup dan pengorbanan diri demi membesarkan anaknya, Aidil, setelah perkahwinan mereka dipisahkan oleh keluarga Fatin.

Namun cahaya Aidil Adha membuka pintu keinsafan dan kemaafan membawa mereka kembali bersama. Begitu pun takdir berkehendakkan sebaliknya. Mereka bertemu kembali namun diuji dengan takdir yang memilukan pada malam perkahwinan semula mereka. Lalu apakah kesudahannya?

Comments

Popular posts from this blog

Telefilem Pencuri Rumah Imam Di TV3

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Drama Cahaya Anak Lorong Di TV3