Jangan lupa saksikan filem dengan genre satira komedi berjudul 5 Bomoh yang akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia mulai 4 Jun 2026.
Filem ini merupakan arahan Syed Fariz, nukilan skrip daripada Fairul Nizam Ablah dan diterbitkan oleh Skop Productions bersama Primewoks Studios dan Global Station Sdn. Bhd.
Filem : 5 Bomoh
Genre : Drama, Komedi
Tayangan : Mulai 4 Jun 2026 (Khamis)
Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Syed Fariz
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem 5 Bomoh ialah Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Ungku Hariz, Tiara Suraya Rose Afdlin Shauki, Amy Search, Johan, Aedy Ashraf, Ozlynn Waty, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aaron Aziz sebagai Rashdan
- Scha Alyahya sebagai Sakinah
- Ungku Hariz sebagai Alam
- Tiara Suraya Rose sebagai Nisa
- Khairy Jamaluddin sebagai Mr. K
- Afdlin Shauki sebagai Bomoh Mbah Slamet
- Amy Search sebagai Bomoh Alami
- Johan Raja Lawak sebagai Bomoh Siam Semchai
- Aedy Ashraf sebagai Bomoh Dr. Neo
- Ozlynn Waty sebagai Bomoh Ngok Tawong
Sinopsis Filem 5 Bomoh
Filem 5 Bomoh mengisahkan tentang Rashdan, seorang usahawan yang sangat mempercayai amalan mistik dan kepercayaan lama yang diwarisi turun-temurun dalam keluarganya.
Sikap itu berbeza sama sekali dengan isterinya, Sakinah, yang lebih yakin kepada ilmu pengetahuan sains, usaha serta doa dalam menghadapi cabaran hidup.
Konflik mula jadi lebih tegang bila anak mereka, Nisa, gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM.
Rashdan yang terlalu obses mahu anaknya sambung belajar ke luar negara akhirnya mengambil keputusan ekstrem membawa keluarganya menjelajah seluruh negara mencari bomoh terbaik demi memastikan keputusan SPM anaknya berubah.
Tapi macam biasa, bila terlalu terdesak, ramai pula "penyelamat" muncul. Sepanjang perjalanan itu, mereka bertemu pelbagai bomoh dan dukun pelik yang rupanya hanya scammer mengambil kesempatan terhadap ketakutan dan harapan orang lain.
