Drama Jutawan Ekspres 2 Di Astro Ceria

Drama Jutawan Ekspres 2 Di Astro Ceria

Selepas musim pertama, kini mereka kembali untuk musim kedua menerusi drama Jutawan Ekspres 2. Akan mula disiarkan pada 17 Julai 2026, bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Ceria (611), Astro Prima (105) dan striming di Sooka.

Drama 8 episod yang menampilkan dengan genre drama komedi ini merupakan arahan bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin beserta Wan Alauddin Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Episod : 8
Tayangan : Astro Ceria & Astro Prima
Tarikh : Mulai 17 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin beserta Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak, Bell Ngasri, Azhan Rani, Alyssa Dezek, Puteri Rafasya, Samsuri Shahhom, Sufi Nur Imaan, Kim Azzim, Qistina Khaled, Kimberly Chuah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rashidi Ishak sebagai Yunoh Yaakob
  • Elly Mazlein sebagai Yusni
  • Azhar Sulaiman sebagai Dato Kadir
  • Sazzy Falak sebagai Datin Maimon
  • Bell Ngasri sebagai Amir
  • Azhan Rani sebagai Datuk Nino
  • Alyssa Dezek sebagai Cik D
  • Puteri Rafasya sebagai Yanti
  • Samsuri Shahrom sebagai Atok / Yaakob
  • Sufi Nur Imaan sebagai Yuyu
  • Kim Azzim sebagai Yazid

Sinopsis Drama Jutawan Ekspres 2

Drama Jutawan Ekspres 2 mengisahkan tentang Yusni dan Yunoh yang kembali dengan tekad baharu untuk menjadi jutawan. Namun, seperti sebelumnya, perjalanan mereka tidak semudah yang disangka apabila mereka terjebak dalam satu peluang pelaburan yang meragukan.

Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya telah menjadi mangsa sebuah skim mencurigakan yang mungkin mempunyai kaitan dengan Amir, seorang lelaki yang selama ini mereka percaya telah lama meninggal dunia.

Dalam masa yang sama, jiran mereka, Datuk Kadir dan isterinya, Datin Maimon, memainkan peranan penting dalam membantu menyelamatkan rumah tangga Yusni dan Yunoh yang mula menunjukkan tanda-tanda keretakan.

Ketika berdepan pelbagai cabaran dan dugaan, pasangan itu perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan serta mengukuhkan kembali hubungan mereka sebelum keadaan menjadi semakin rumit

Post a Comment

Previous Post Next Post