Saksikan telefilem Langit yang akan disiarkan semula pada 17 Julai 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip daripada Moonrahdin (PGRs Team).
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 17 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Moonrahdin (PGRs Team)
Pengarah : Eeon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Eira Syazira, Azad Jasmin, Syed Ali Murtadha, Aryana Amani, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Fadilah Mansor, Anne Abdullah, Syed Ali, Mak Wan Latah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Eira Syazira sebagai Raziah
- Azad Jasmin sebagai Syam
- Syed Ali Murtadha sebagai Awan
- Aryana Amani sebagai Pelangi
- Fauziah Nawi sebagai Mak Yam
- Omar Abdullah sebagai Pak Ali
Sinopsis Telefilem Langit
Telefilem Langit mengisahkan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya.
Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya.
Sumber : klapbod.com
