Jangan lupa saksikan telemovie Balik Kampung Tak Lonely Lagi yang akan menemui penonton semula pada 26 Julai 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Pada tahun 2020, telefilem ini mula ditayangkan kepada penonton. Ia diterajui oleh Shuhaimi Lua selaku pengarah, dengan Haffez Amin dan Zyza Backy sebagai penulis skrip, selain diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 26 Julai 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Haffez Amin
Penulis Skrip : Haffez Amin & Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Andi Bernadee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Shah Hazvee, Wanns Ahmad, Ady Mohammad, Roy Azman, Raja Azmi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Andi Bernadee sebagai Megat
- Mas Idayu sebagai Mak Dara
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Lelaki Misteri
- Nik Adam Mika sebagai Ayyad/Hantu
- Shah Hazvee sebagai Syafiq
- Wans Ahmad sebagai Rozaimi
- Ady Mohammad sebagai Safuan
- Zahir Deck sebagai Azlan
- Raja Azmi sebagai Sakinah
- Roy Azman sebagai Bos
Sinopsis Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi
Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi mengisahkan tentang Megat, anak Manja yang suka menyendiri, suka layan movie hantu dan mudah terpengaruh dengan cerita itu sampai mempengaruhi hidupnya. Dia juga merupakan orang harapan ditempat kerja, akan tetapi suka curi tulang.
Megat, balik ke kampung, bercuti bersama maknya. Dia seorang yang selalu buruk sangka, menjengkelkan, dan sering memberi komen 'bitter' terhadap gambar pasangan bercinta di laman sosial.
