Saksikan semula telefilem Samad Tedung yang akan menemui penonton pada 25 Julai 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem ini mula menemui penonton pada tahun 2019 menerusi sentuhan pengarah Shuhaimi Lua, skrip tulisan Adza Emie serta terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 25 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Idea Asal : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Faizal Hussein, Syed Mohd Irfan, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Qismina, Marissa Yasmin, Azam Pitt dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Faizal Hussein sebagai Samad Tedung
- Syed Mohd Irfan sebagai Amir
- Watie Sadali sebagai Rusmila
- Amar Asyraf sebagai Aidil
- Sweet Qismina sebagai Laila
- Marissa Yasmin sebagai Marisa
Sinopsis Telefilem Samad Tedung
Samad digeruni oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis. Oleh itu, dia digelar 'Samad Tedung'. Malah anak-anaknya juga pasti dipukul walaupun hanya melakukan kesilapan yang kecil. Isterinya Rusmila sentiasa bersabar dengan sikapnya walaupun ahli keluarganya sering mendesak supaya dia meninggalkan Samad.
Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.
