Saksikan semula telefilem Srengenge yang akan menemui penonton pada 18 Julai 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Telefilem yang pernah memenangi anugerah Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018 ini merupakan adaptasi novel karya Sasterawan Negara iaitu Shanon Ahmad.
Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Wan Mahani Hassan
Pengarah : Mahuddin Ibrahim
Produksi : Arca Creative House Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Antara nama-nama pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Eman Manan, Sahronizam Noor, Fadilah Mansor, Jasmin Hamid, Fathil Dani dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Eman Manan sebagai Awang Cik Teh
- Sahronizam Noor sebagai Imam Hamad
- Fadilah Mansor sebagai Mak Su
Sinopsis Telemovie Srengenge
Telemovie Srengenge mengisahkan tentang kehidupan penduduk sebuah kampung di Kedah yang hidup dalam kepercayaan bahawa Bukit Srengenge merupakan kawasan berpuaka. Kepercayaan tersebut akhirnya mencetuskan pelbagai konflik apabila Awang Cik Teh berhasrat memajukan bukit itu sebagai kawasan penanaman padi huma demi mengubah nasib penduduk kampung dan membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Bagaimanapun, rancangan Awang Cik Teh menerima tentangan hebat daripada penduduk kampung seperti Imam Hamad, Diah, Sidik, Useng, Kaseng dan Saad Che Lah. Mereka percaya Bukit Srengenge ialah sumber rezeki yang tidak wajar diganggu, apatah lagi cadangan tersebut datang daripada orang luar.
Imam Hamad yang juga terkenal sebagai juara meracik tekukur pada mulanya menolak cadangan itu, manakala Sidik pula berpendapat Awang Cik Teh lebih layak memimpin kampung walaupun usianya sudah lanjut dan kurang disenangi sesetengah penduduk.
Selepas melalui pelbagai peristiwa, Imam Hamad akhirnya bersetuju dengan usaha Awang Cik Teh. Namun, selepas kehilangan denaknya, Imam Hamad tiba-tiba jatuh sakit dan dipercayai terkena gangguan makhluk ghaib yang dikatakan menghuni Bukit Srengenge. Useng yang dikatakan memiliki jin Islam kemudian dipanggil untuk mengubatinya melalui kaedah perubatan tradisional dan upacara berjamu.
Malangnya, Imam Hamad meninggal dunia. Peristiwa itu tidak mematahkan semangat Awang Cik Teh, malah menguatkan lagi tekadnya untuk meneruskan usaha memugar Bukit Srengenge menjadi kawasan penanaman padi huma. Dengan semangat muafakat dan kebijaksanaan, dia berusaha merealisasikan impiannya. Namun, mampukah Awang Cik Teh mencapai cita-citanya di sebalik pelbagai cabaran dan tentangan yang dihadapi?
