Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Di TV3

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Di TV3

Jangan lupa saksikan telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu yang akan bersiaran semula pada 18 Julai 2026, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3. Anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini merupakan arahan Ahmad Idham, nukilan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Ahmad Idham
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Janna Nick, Izzue Islam, Noki K-Clique, Razak Ahmad, Kuna Muzani, Zalif Sidek, Roy Azman, Nookhiriah, Nizam Kama dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Janna Nick sebagai Azrina
  • Izzue Islam sebagai Azal
  • Noki sebagai Zaharuddin
  • Zalif Sidek sebagai Tam Bundle
  • Roy Azman sebagai Tuan Lazim
  • Razak Ahmad sebagai Rahmat
  • Kuna Muzani sebagai Rahmah
  • Noorkhiriah Ahmad Shafie sebagai Badah Tong Gas

Sinopsis Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu mengisahkan tentang Azal iaitu seorang pemandu lori berusia 25 tahun, berusaha keras mengumpulkan RM20,000 sebagai hantaran untuk berkahwin dengan Azrina setelah memikatnya daripada Zaharudin yang telah mengkhianatinya.

Namun, kesulitan semakin bertambah apabila lori tong gas yang dipandu Azal dicuri, mengakibatkan kehilangan RM20,000. Azal berjuang mencari jalan keluar, manakala Zaharudin berusaha merebut hati Azrina dengan kemewahan dan kesenangan.

Dalam perjalanan penuh liku, Azal harus menghadapi cabaran besar untuk membuktikan cintanya kepada Azrina dan menunjukkan pengorbanannya yang tulus.

Post a Comment

Previous Post Next Post