Drama Jiwa Seorang Pentaksub Di TV3

Drama Jiwa Seorang Pentaksub Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Jiwa Seorang Pentaksub yang akan mula bersiaran pada 1 Jun 2026, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Selain itu, drama terbaru bagi menggantikan Cahaya Anak Lorong ini juga turut boleh distrim menerusi platform iQIYI iaitu sejurus tamat siaran di tv. Anda boleh pergi ke laman web https://www.iq.com/ atau menggunakan aplikasi mobile.

Episod : 25
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Striming Online : iQIYI
Tarikh : Bermula 1 Jun 2026 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Rosyam Nor, Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad, Ariff Idrus, Syean Mokhtar, Faizul Syaharin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rosyam Nor sebagai Firzan
  • Sophia Albarakbah sebagai Diana
  • Rita Rudaini sebagai Suri
  • Shahz Jaszle sebagai Aidil
  • Ady Mohammad sebagai Aiman
  • Ariff Idrus sebagai Firdaus

Sinopsis Drama Jiwa Seorang Pentaksub

Drama Jiwa Seorang Pentaksub mengisahkan tentang Firzan, seorang lelaki yang memulakan perjalanan hidupnya sebagai pemandu peribadi kepada seorang tokoh politik yang berpengaruh.

Dari situ, dia sedikit demi sedikit mengorak langkah membina pengaruh dan kekuasaan sendiri sehingga akhirnya muncul sebagai individu yang dihormati serta dipuja oleh ramai orang.

Namun, di sebalik imej kejayaan dan kemewahan yang dipamerkan, Firzan sebenarnya semakin terperangkap dalam dunia yang dipenuhi permainan kuasa, manipulasi dan ketaksuban terhadap kedudukan.

Kehidupannya yang kelihatan sempurna pada pandangan luar rupa-rupanya menyembunyikan pelbagai konflik dan keretakan.

Situasi menjadi semakin rumit dengan kehadiran Diana, seorang pempengaruh media sosial yang turut menjalinkan hubungan cinta dengan anak Firzan sendiri. Kemunculan Diana mencetuskan pelbagai konflik baharu sehingga perebutan emosi dan kuasa bertukar menjadi semakin tegang serta sukar dikawal.

Pada masa yang sama, Suri kekal sebagai insan yang paling setia berada di sisi Firzan. Walau bagaimanapun, wanita itu menyimpan pelbagai rahsia besar yang berpotensi mengubah segala-galanya apabila kebenaran akhirnya terbongkar.

Post a Comment

Previous Post Next Post