Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV3

Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV3

Saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih yang akan bersiaran semula pada 30 Mei 2026, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Jet Li dan diterbitkan oleh produksi ZK Creative Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 30 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Pengarah : Jet Li
Produksi : ZK Creative Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Siti Elizad Sharifuddin, Nad Zainal, Ika Nabella, Nur Hanani Malika, Faiz Fathullah, Norasyikin ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fahrin Ahmad sebagai Anuar
  • Siti Elizad Sharifuddin sebagai Zahra
  • Nad Zainal sebagai Aisyah
  • Ika Nabella sebagai Anisa
  • Nur Hanani Malika sebagai Amira
  • Faiz Fathullah sebagai Amirul
  • Norasyikin sebagai Qisya

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih

Telefilem Sehelai Selendang Putih mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.

Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.

Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat

Post a Comment

Previous Post Next Post