Telefilem Kampung Ku Dan Aidiladha Di TV3

Telefilem Kampung Ku Dan Aidiladha Di TV3

Saksikan semula telefilem Kampungku Dan Aidiladha yang akan bersiaran pada 29 Mei 2026, bersamaan pada hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2013 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan arahan Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh produksi Langkah Karya Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 29 Mei 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Langkah Karya Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Kampungku Dan Aidiladha seperti Aidil Aziz, Zalif Sidek, Syafiq Kyle, Rafidah Ibrahim, Amyra Rosli, Razak Ahmad, Ziemah Din, Shien, Eton dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aidil Aziz sebagai Arman
  • Zalif Sidek sebagai Ciko
  • Syafiq Kyle sebagai Bandi
  • Rafidah Ibrahim sebagai Aini
  • Amyra Rosli sebagai Maya
  • Razak Ahmad sebagai Pak Kaza
  • Ziemah Din sebagai Kak Wan

Sinopsis Telefilem Kampungku Dan Aidiladha

Telefilem Kampungku dan Aidiladha mengisahkan tentang gelagat dan telatah lima peserta yang menyertai pertandingan pencarian duta kampung.

Tiga peserta lelaki iaitu Arman, Bandi dan Ciko dikenali sebagai pemuda nakal yang gemar merempit serta sering menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung. Sementara itu, dua peserta wanita pula ialah Maya dan Aini.

Sepanjang pertandingan berlangsung, kesemua peserta ditempatkan di sebuah surau lama dan dipantau oleh seorang warden tegas bernama Pak Kaza yang bersikap seperti anggota komando 69.

Mereka mula tidak berpuas hati apabila diarahkan melakukan pelbagai aktiviti gotong-royong yang pada pendapat mereka langsung tidak berkaitan dengan dunia nyanyian.

Bukan itu sahaja, para peserta turut diuji dengan pelbagai pengisian kerohanian dan amalan ibadah yang bertujuan membentuk sahsiah diri sepanjang program berlangsung

Comments

Popular posts from this blog

Telefilem Pencuri Rumah Imam Di TV3

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Drama Cahaya Anak Lorong Di TV3