Saksikan telefilem 32 Jam yang akan menemui penonton semula pada 21 Jun 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2024 ini diarahkan oleh Izuan Mokhtar, nukilan skrip daripada Fenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh Razor Edge
Tayangan Asal : 2024
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 21 Jun 2026 (Sabtu)
Penulis Skrip : Fenaz Mokhtar
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Razor Edge Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Aiman Hakim Redza, Sharifah Husna, Yusry Abdul Halim, Marisa Yasmin, Alif Haikal, Ruminah Sidek, Syean Mokhtar, Norazlina ismail, Duerra Mitilda, Syed Irfan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aiman Hakim Redza sebagai Aniq
- Sharifah Husna sebagai Aishah
- Yusry Abdul Halim sebagai Dr. Nazir
- Marisa Yasmin sebagai Zulaikha
- Alif Haikal sebagai Kay
- Ruminah Sidek sebagai Hajah Zainab
- Syean Mokhtar sebagai Uncle Johnny
- Norazlina ismail sebagai Auntie Sal
- Duerra Mitilda sebagai Ika
- Syed Irfan sebagai Johan
Sinopsis Telefilem 32 Jam
Telefilem 32 Jam mengisahkan tentang Aniq yang berkahwin dengan anak perempuan tunggal Dr. Nazir iaitu Aishah.
Mereka berdua tinggal di rumah Dr. Nazir walaupun sudah lama berkahwin. Aniq merancang untuk berpindah sebaik sahaja mereka membeli rumah sendiri. Namun, Aishah sering menangguh untuk berpindah.
Pada hari jadi Dr. Nazir yang ke-50, Aishah telah menghadiahkan sebuah basikal baru 'set up' untuk advance rider. Dr. Nazir sangat teruja dan mengajak Aniq menguji untuk basikal baru. Aniq menolak kerana sudah berjanji dengan rakan-rakannya.
Keesokan harinya, Bad ada hal dah terpaksa membatalkan untuk berbasikal dengan Aniq. Dr. Nazir dengar dengan segera mengajak Aniq berbasikal dengannya.
Pelbagai kejadian yang berlaku ketika mereka berada di hutan sehingga mereka sesat selama 32 jam.
