Telefilem Perindu Senja Di TV3

Telefilem Perindu Senja Di TV3

Saksikan semula telefilem Perindu Senja yang akan bersiaran dan menemui penonton pada 7 Jun 2026, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3. Juga anda boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan terbitan Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Osman Ali dengan nukilan skrip daripada Naza Manas.

Tayanga Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 7 Jun 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Normah Damanhuri, Zaidi Omar, Iman Suhana, Fazlina Ahmad Daud, Hilal Azman, Shah Kimin, Ammar Bahri, Izwan Shahidan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Normah Damanhuri sebagai Embun
  • Zaidi Omar sebagai Bakar
  • Iman Suhana sebagai Nomi
  • Hilal Azman sebagai Bidin
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Renah
  • Shah Kimin sebagai Mosa
  • Ammar Bahri sebagai Samad

Sinopsis Telefilem Perindu Senja

Telefilem Perindu Senja mengisahkan tentang Embun yang menunggu kepulangan suaminya di jeti setiap hari walaupun ramai yang sudah ketahui suaminya itu, Bakar telah hilang di tengah laut ketika mencari rezeki.

Adiknya sendiri iaitu Renah sangat risaukan tentang keadaan kakaknya yang masih belum terima takdir tentang kematian suaminya tersebut. Disebabkan itu orang sekelilingnya memandang serong terhadap Embun dan menuduh dia gila kerana rindukan suaminya.

Raya semakin dekat, Embun mahu masakkan rendang itik kegemaran suaminya itu. Dia yakin jika Bakar terhidu hidangan tersebut, Bakar akan pulang ke rumah.

Post a Comment

Previous Post Next Post