Telemovie 3 Sekawan: Misi Aidiladha Di TV3 (Cerekarama)

Telemovie 3 Sekawan: Misi Aidiladha Di TV3

Saksikan semula telefilem 3 Sekawan: Misi Aidiladha yang akan menemui penonton pada 6 Jun 2026, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara striming di Tonton.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Raya Aidiladha ini merupakan arahan Izuan Mokhtar, nukilan skrip bersama daripada Marr Mohamad dan Irwan Mansor serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Marr Mohamad & Irwan Mansor
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon bagi telefilem ini seperti Umar Shakur, Rudtra Manivanan, Camans Kong, Kazar Saisi, Fasha Sandha, Redza Rosli, Sherry Ibrahim, Dato Rahim Razali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Umar Shakur sebagai Faiz
  • Rudtra Manivanan sebagai Danush
  • Camans Kong sebagai Chong
  • Kazar Saisi sebagai Tokwan

Sinopsis Telefilem 3 Sekawan: Misi Aidiladha

Telemovie 3 Sekawan: Misi Aidiladha bermula dengan kisah Faiz yang akhirnya pulang ke kampung halamannya dan bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lamanya, Danush dan Chong.

Terinspirasi oleh tazkirah Tokwan mengenai belas ehsan terhadap haiwan, ketiga-tiga sekawan ini nekad untuk melindungi haiwan ternakan dari menjadi mangsa sembelihan semasa Hari Aidiladha tahun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post