Telefilem Rabak Di TV3

Telefilem Rabak Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Rabak yang akan ditayangkan semula pada 19 Jun 2026, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada K. Adlie dan diterbitkan oleh produksi FJ Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 19 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Rabak seperti Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor, Izzue Islam, Alynn Techen, Elyra Miera Ismail, Lokman, Haji Talib, Annie Mosha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adi Putra sebagai Azri
  • Khatijah Tan sebagai Syakimah
  • Fadilah Mansor sebagai Rabiah
  • Izzue Islam sebagai Saufi
  • Alynn Techen sebagai Didie
  • Elya Miera Ismail sebagai Mira
  • Lokman sebagai Meor Mohd

Sinopsis Telefilem Rabak

Telefilem Rabak mengisahkan tentang Syakimah (58 tahun) dan adiknya, Rabiah (56 tahun) didakwa atas kesalahan membunuh Malek, suami Syakimah yang sering menderanya.

Kes ini telah mendapat perhatian Azri, seorang peguam yang mahu menuntut bela untuk adik-beradik ini tanpa mengenakan bayaran.

Azri mahu kes ini mendapat perhatian umum. Namun, dia telah gagal dan adik-beradik tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Rabiah jatuh sakit ketika menjalani hukuman penjara dan akhirnya meninggal dunia. Hal ini telah menambahkan kesengsaraan Syakimah. Dia mula berfikir tentang anaknya yang dibiarkan sejak 30 tahun yang lalu. Jadi, Syakimah meminta tolong Azri untuk menjejaki anaknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post