Jangan lupa saksikan semula telefilem Silang yang akan menemui penonton pada 26 Jun 2026, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Azman Yahya, nukilan skrip daripada PGRs Team dan diterbitkan oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 26 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Skrip : PGRs Team
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Silang seperti Nazim Othman, Emma Maembong, Jasmin Hamid, Wanna Ali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Nazim Othman sebagai Amir
- Emma Meambong sebagai Dura
- Jasmin Hamid sebagai Mama
- Wanna Ali sebagai Nadia
Sinopsis Telefilem Silang
Telefilem Silang mengisahkan tentang Amir yang mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil dan telah disahkan mempunyai masalah disleksia. Dia lebih berminat dalam bidang seni dan lukisan sehinggalah berjaya bekerja sebagai pereka grafik.
Amir hidup bahagia bersama Dura selepas memasuki alam perkahwinan. Walaupun begitu, Dura mula menyedari yang Amir mempunyai masalah disleksia kerana kerap dia kali gagal dalam ujian kelas memandu.
Lantas dengan kejadian itu, Dura mula membantu Amir menghadapi masalah tersebut walaupun dia begitu kecewa kerana Amir tidak mahu berterus terang keadaan sebenar kepadanya sehingga memberi kesan kepada rumah tangga mereka.
