Telemovie Analisa Anna Lisa Di Unifi TV

Telemovie Analisa Anna Lisa Di Unifi TV

Saksikan telemovie Analisa Anna Lisa yang akan disiarkan pada 6 Jun 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran Sensasi (116) di Unifi TV.

Telefilem Unifi TV Originals ini merupakan arahan Umi Salwan, nukilan skrip daripada Anwar Hadi dan diterbitkan oleh produksi Red Communication Sdn. Bhd.

Bersiaran : Saluran Sensasi Di Unifi TV
Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis : Anwar Hadi
Pengarah : Umi Salwana
Produksi : Red Comm

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Tiz Zaqyah, Raja Azura, Ellyza Azizi, Fahmy Reza, Megat Adli, Henry Ong, Karl'el, Shah Kimin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tiz Zaqyah sebagai Anna Lisa
  • Raja Azura sebagai Suhaili
  • Ellya Azizi sebagai Anis Shuhada

Sinopsis Telemovie Analisa Anna Lisa

Telemovie Analisa Anna Lisa mengisahkan tentang Anna Lisa iaitu seorang suri rumah yang mula mempersoalkan kematian misteri jirannya selepas kes itu dianggap bunuh diri oleh polis.

Bersama dua wanita lain, dia melancarkan podcast jenayah sebenar untuk membongkar kebenaran, namun siasatan mereka mula membuka rahsia gelap yang mengancam keluarga, persahabatan dan hidupnya sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post