Jangan lupa saksikan semula telefilem Pinang Durian yang akan menemui penonton pada 4 Julai 2026, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem Tonton Original asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Azlina Din dan diterbitkan oleh produksi Along Kamaludin Production
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Along Kamaludin Production
Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Khai Bahar, Tiz Zaqyah, Farouk Hussain, Din Dangerous, Usop Wilcha, Kiah Propa, Delimawati, Along Kamaludin, Josiah Hogan, Syanie Hisham, Amir Raja Lawak, Anas Ridzuan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Khai Bahar sebagai Hamid
- Tiz Zaqyah sebagai Intan
- Farouk Hussain sebagai Maidin
- Din Dangerous sebagai Mamud
- Usop Wilcha sebagai Seman
- Kiah Propa sebagai Mak Mah
Sinopsis Telefilem Pinang Durian
Telefilem Pinang Durian mengisahkan pertembungan dua buah keluarga yang berasal dari Pulau Pinang dan Perak. Tragedi telah berlaku apabila isteri Maidin dikatakan meninggal dunia dek tercekik biji durian yang dijual oleh Seman.
Rentetan kejadian tersebut, Maidin telah bersumpah tidak akan menyentuh raja buah itu lagi. Dia juga telah mengharamkan buah durian daripada dibawa masuk ke rumahnya.
Namun, setelah hampir dua dekad kemudian, anak lelaki Maidin yang bernama Hamid telah bertemu dengan anak gadis Seman yang bernama Intan. Dia telah jatuh cinta dengan si perawan itu.
Konflik timbul apabila Maidin enggan melepaskan Hamid. Dia mempunyai hasrat untuk mengahwinkan anak terunanya itu dengan Zeenat, anak usahawan jeruk bernama Cik Bee.
Seman juga tidak bersetuju akan penyatuan antara Hamid dan Intan kerana dia beranggapan bahawa Maidin adalah lelaki yang sombong dan kedekut. Maidin pula beranggapan Seman adalah seorang penipu dan penyebab kematian isterinya dahulu.
Mampukah Hamid dan Intan mendamaikan kedua-dua orang tua mereka dan mendapat restu yang diperlukan?
