Telefilem Semua Tentang Kita Di TV3

Telefilem Semua Tentang Kita Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Semua Tentang Kita yang akan menemui penonton pada 15 Ogos 2026, hari Sabtu, bersiaran pada pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan. Juga tersedia secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ketika pandemik berlaku ini merupakan arahan Muhamad Riza Baharudin, nukilan skrip daripada Azlina Din dan dihasilkan oleh A. Aida Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 15 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Muhamad Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Syafie Naswip, Dato' Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Edika Yusof, Anna Jobling, Doria Rachel, Aida Khalida, Kamarul Eqifshah, Anne Arifin, Kodi Rasheed, Safrie Harfiqal, Rizan Yum, Hazeeq Dean dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafie Naswip sebagai Amir
  • Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Hj Salleh
  • Vanidah Imran sebagai Zeera
  • Edika Yusof sebagai Hairi
  • Anna Jobling sebagai Rosa
  • Doria Rachel sebagai Jasmine
  • Aida Khalida sebagai Mak Amir
  • Kamarul Eqifshah sebagai Ery
  • Anne Arifin sebagai Azura
  • Kodi Rasheed sebagai Lan
  • Safrie Harfiqal Sanji sebagai Zefrul
  • Rizal Yum sebagai Norman
  • Hazeeq Dean sebagai Fredy

Sinopsis Telefilem Semua Tentang Kita

Telefilem Semua Tentang Kita mengisahkan gelagat masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan dugaan pandemik Covid-19.

Amir telah mencari jalan mudah untuk meloloskan diri balik ke kampung. Selepas pulang dari kampung, Amir didapati positif Covid-19, teman serumah dan ibu bapa di kampung turut terjangkit. Hairi dan Zeera dalam proses ingin bercerai kerana mereka sudah tak serasi.

Mereka terpaksa berkurung di rumah bersama anak lelaki mereka, Ery kerana PKPD. Mereka sering bergaduh manakala Ery cuba untuk menyatukan mereka semula. Rosa dan Jasmine merupakan pramugari sebelum zaman pandemik.

Post a Comment

Previous Post Next Post