Telefilem Demi Janji Itu Di TV1
Jangan lupa saksikan telefilem terbaru berjudul Demi Janji Itu. Disiarkan pada 27 Mei 2026, hari Rabu, pukul 10.30 malam di saluran RTM di TV1. Juga tersedia di aplikasi RTM Klik.
Telefilem yang ditayangkan khas sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. yang merupakan karya dan arahan Heykal Hanifah.
Bersiaran : RTM di TV1
Tarikh : 27 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 10.30 Malam
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Juhara Ayob, Fadhli Masoot, Sobri Anuar, Amalina Arham, Aleeza Shadan, Dai Fuad, Kalpana Shree, Azlan Azmi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Juhara Ayob sebagai Khadijah
- Fadhli Masoot sebagai Irfan
Sinopsis Telefilem Demi Janji Itu
Telefilem Demi Janji Itu mengisahkan tentang Khadijah yang mengambil tanggungjawab membesarkan anak tirinya selepas kematian suaminya. Malangnya, anak tirinya, Irfan suka memberontak dan akhirnya terlibat dengan jenayah.
Di sebalik ujian berat itu, Khadijah istiqomah melakukan pengorbanan untuk menyedarkan Irfan supaya pulang ke pangkal jalan.
Berlaku satu kejadian yang akhirnya menyuntik perasaan Irfan untuk berubah. Tetapi malangnya dia ditangkap selepas menyelamatkan adiknya daripada penculik.

Comments
Post a Comment