Telefilem Ops Bapak Bapak Naik Haji Di Astro Prima
Jangan lupa saksikan telefilem Ops: Bapak Bapak Naik Haji yang akan disiarkan pada 29 Mei 2026, hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di Astro Go dan aplikasi Sooka.
Telefilem khas yang dibawakan sempena Aidiladha ini merupakan arahan Shahhril Hadziman Abu Talip dengan nukilan skrip daripada Azal Ezreen.
Bersiaran : Astro Prima
Tarikh : 29 Mei 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Raizal Affendy Yusop
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Shahhril Hadziman Abu Talip (Gieman)
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Dato' Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Roy Azman, Ropie, Nasz Sally, Danny Aidid, Atyka Jalil, Mualim Muda Anas dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Dato' Jalaludin Hassan sebagai Tok Jalal
- Aziz M. Osman sebagai Pak Mus
- Roy Azman sebagai Roy
- Nasz Sally sebagai Wati
Sinopsis Telefilem Ops Bapak Bapak Naik Haji
Telefilem Ops: Bapak Bapak Naik Haji mengisahkan tentang sebuah kampung yang tenang mulai menjadi kecoh apabila tiga sahabat lama Tok Jalal, Pak Mus dan Roy tiba-tiba dapat peluang untuk pergi menunaikan haji, satu peluang yang memang semua orang pandang tinggi.
Orang kampung semua tumpang gembira, tetapi sebaliknya dengan mereka yang sebelum ini bermusuhan akibat satu kejadian. Apa akan jadi seterunya???

Comments
Post a Comment