Saksikan telefilem Camar Poelang yang akan bersiaran pada 20 Jun 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Bapa merupakan arahan Zairol Fahmee Khairuddin dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM sendiri.
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 20 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Zairol Fahmee Khairuddin
Produksi : Unit Drama TV RTM
Pelakon
Barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Wan Raja, Faha Azhar, Ku Farisah, ArielGanu, Yaacob Aziz, Azizah Mahzan, Razzuan Rosli dan ramai lai.
Watak Lakonan
- Wan Raja sebagai Zahir
- Faha Azhar sebagai Akil
- Ku Farisah sebagai Orked
- ArielGanu sebagai Abe Leh
- Yaacob Aziz sebagai Pak Soh
- Azizah Mahzan sebagai ibu Zahir
- Razzuan Rosli sebagai Halim
Sinopsis Telefilem Camar Poelang
Telefilem Camar Poelang mengisahkan tentang Zahir iaitu seorang penulis yang mencari ketenangan di sebuah kampung nelayan.
Dia terjebak dalam kisah penuh fitnah, kasih sayang dan pengorbanan apabila seorang anak istimewa, Akil telah dituduh cuba memperkosa Orked, gadis yang paling rapat dengannya.
Orked koma akibat kejadian itu yang membuatkan Halim, salah seorang pemuda kampung yang cintanya tidak dibalas oleh Orked menabur fitnah. Halim menuduh semuanya angkara Akil.
Sementara itu si ayah, Pak Soh yang amat menyayangi Akil berjuang untuk membuktikan kebenaran anaknya itu tidak bersalah.
Rentetan tragedi yang menimpa keluarga itu bukan sahaja menggoncang seluruh kampung, tetapi akhirnya membuka mata Zahir tentang makna sebenar kasih sayang hingga kisah yang diciptanya menjadi cermin kepada hidupnya sendiri.
